"Kerana Mulut, Badan Binasa" - Makcik Kemboja Hina Melayu Malas, Polis Terima 14 Laporan

TERKINI
November 21, 2023 - 03:36 PM


Satu Malaysia dah kenal si gerangan 'Makcik Kemboja' yang dikecam teruk akibat mengeluarkan kenyataan bahawa bangsa melayu itu satu bangsa yang pemalas. Susulan dari viral video tersebut, polis Melaka memaklumkan telah menerima 14 laporan polis.

@malaysiagazette Tindakan seorang wanita yang mengaku dirinya merupakan berketurunan dan warganegara Kemboja bergurau menyatakan orang Melayu pemalas menerima kecaman daripada pengguna laman sosial terutamanya di TikTok. Vidoe yang berdurasi satu minit tujuh saat itu dirakam seorang lelaki yang menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan pentstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah. #malaysiagazette #makcikkemboja #orangmelayu #malas ♬ original sound - malaysiagazette

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas tular sepotong video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik wanita terbabit yang mengatakan ‘Melayu malas’.

Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Destination: