Kes Pasangan Terjun Di Jambatan Pulau Pinang, Polis Siasat Dibawah Cubaan Bunuh
TERKINISemalam viral satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya sanggup menggadai nyawa selepas nekad terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, dekat sini untuk menyelamat satu pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut, malam tadi.
@majoritiofficial Kalau gaduh sekalipun kenapa macam ni... Warga Penang ada yang nampak kejadian ni semalam? #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #penang #jambatanpulaupinang #terjun #pasangan
♬ original sound - Majoriti Official
Kejadian berlaku ketika orang awam terbabit dikatakan berada tidak jauh dari lokasi pasangan terbabit yang dikatakan sedang bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke bawah.
Terkini, polis siasat dibawah sesksyen 307 (cubaan bunuh) bagi kes lelaki dan wanita terjatuh di Jambatan Pulau Pinang smlm. Mangsa perempuan 40 dakwa ditolak rakan lelaki 37 yang juga pegawai polis. Sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mereka-Ketua Polis Pulau Pinang
Datuk Khaw Kok Chin berkata, semakan awal mendapati mangsa lelaki ialah seorang pegawai kanan polis yang berkhidmat di luar kontinjen Pulau Pinang dan rakan wanitanya pula bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang serta menetap di sini.