Kes Warga Asing Cuba Culik Budak Hanya Salah Faham, Ingin Beritahu Eskalator Rosak
TERKINISebelum ini media melaporkan satu insiden di mana dua orang asing didakwa ingin menculik seorang kanak-kanak perempuan satu pusat beli belah di Klang Sentral.
Kejadian itu melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan. Kanak-kanak itu dikatakan secara tiba-tiba diangkat dua lelaki warga asing dari arah belakang ketika mangsa dan ibunya sedang menaiki eskalator pusat beli belah berkenaan.
Info yang di terima, Cubaan warga asing menculik budak dekat NSK Klang Sentral.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 26, 2024
Ada sapa boleh sahkan?
Kalau dia culik budak dia buat apa? Jual organ ke? Jadikan sindikit mengemis? pic.twitter.com/ZwRS69SK0R
Setelah siasatan dijalankan, ternyata dakwaan tersebut salah. Menurut Ketua Polis Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan menjelaskan telah berlaku satu salah faham antara dua warga asing yang tertuduh dan mangsa.
Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan si ibu dan mangsa sedang menaiki sebuah eskalator yang rosak untuk ke tingkat atas. Dua warga asing berbangsa Nepal yang bekerja secara sah di dalam negara, menyedari akan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa untuk menaiki eskalator tersebut.
Secara spontan, mereka pun cuba membantu mangsa dengan mengangkat mangsa. Kerana panik dan terkejut dengan tindakan mereka maka si ibu pun menganggap bahawa mereka ingin menculik mangsa.