Lelaki Kejar & Hentak Kereta Dengan Helmet Menyebabkan Anak Perempuan Ketakutan Ditahan

TERKINI
June 10, 2024 - 04:03 PM


Seorang lelaki ditahan selepas tindakannya memukul sebuah kereta menggunakan topi keledar telah dirakam dalam satu klip video pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Sungai Pinang, pada petang Ahad.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pemandu kereta secara tidak sengaja melanggar motosikal lelaki berkenaan. Suspek yang tidak berpuas hati dengan insiden itu mencabar pemandu kereta berkenaan untuk bergaduh.

"Pemandu kereta kemudiannya tidak mahu memanjangkan insiden berkenaan selepas mendapati motosikal suspek tidak mengalami kerosakan serius," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Isnin.

Tambah beliau, tindakan pemandu kereta itu membuatkan suspek berang lalu mengejar kereta tersebut sehingga ke Jalan Sungai Pinang.

"Polis masih menyiasat arah kereta itu dipandu. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya.

Destination: