Longkang Runtuh Menyebabkan Satu Lubang Besar Terbentuk Di Kampung Kerinchi

TERKINI
August 27, 2024 - 04:12 PM


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos 2024 jam 10 malam.

Satu lubang besar terbentuk ekoran daripada insiden longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

Kejadian yang berlaku pada malam tadi itu dikongsikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook. Susulan itu, kerja-kerja awalan telah dilakukan oleh pihak mereka.

 

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

“Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos 2024 jam 10 malam,” katanya.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, insiden berkenaan tidak menyebabkan kerosakan kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran.

Semoga segala usaha pihak berkuasa dalam menguruskan insiden ini dipermudahkan