"Macam Orang Bodoh Pakai Macam Ni!" - Abang Katak Cari Rezeki Untuk Keluarga Kecewa Dihina

TERKINI
December 21, 2023 - 02:38 PM


Ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, ramai rakyat Malaysia yang terpaksa buat kerja sambilan demi mendapatkan pendapatan yang lebih untuk disajikan buat keluarga tersayang. Ada yang jadi pemandu e-hailing, ada juga yang jadi penghibur jalanan dengan memakai kostum di kawasan tarikan orang ramai.

Namun, siapa sangka kerja murni dan halal ini dipandang hina oleh seorang insan yang berhati hitam. Abang Obby Shaari berkongsi luahan hatinya di Facebook.

“Macam orang bodoh ja pakai macam ni, jalan-jalan kat bandar panas-panas.”

Namun, Oby berasa kecewa selepas terdengar seorang individu melemparkan kata-kata berkenaan, tetapi mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

“Adalah hamba Allah seorang ni cakap dengan kawan dia, kita dengar ja. Bila berhenti tengok, dia terus blah. Yang aku tahu kerja aku ni hina di mata orang yang berharta macam kau, sebab tu kau boleh cakap macam tu.

“Sebab aku sedang usaha untuk isteri aku yang sedang mengandung sekarang ni. Aku cuma nak hiburkan budak-budak dan diri sendiri,” katanya.

Di ruangan komen ramai yang meminta supaya dia tidak mempedulikan kata-kata individu berkenaan dan memberi kata-kata semangat. Takpa bang, selagi rezeki dicari secara halal pasti ada habuannya.

Destination: