Makcik Tudung Buat Kerja Gila, Bawa Lari Dua Gelang Emas

TERKINI
August 28, 2024 - 02:53 AM


Baru-baru ini tular satu hebahan di platform media sosial berkenaan tindakan seorang wanita yang didakwa mencuri di satu kedai emas di Selayang Baru.

Insiden kecurian itu berjaya dirakam oleh CCTV premis berkenaan. Menurut perkongsian, wanita itu berlakon menjadi seorang pelanggan yang datang untuk membuat pembelian emas. Namun, sebaliknya berlaku. Setelah pekerja memberikan dua utas gelang emas kepadanya untuk dilihat dengan lebih dekat, dia terus melarikan.

Nilai kerugian belum dapat disahkan. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan mahupun kenyataan rasmi dari pihak berkuasa. Apa-apa pun, sentiasa berwaspada walau di mana anda berada.

Destination: