Malaysia Bersiap Sedia Hantar Bantuan Ke Gaza

TERKINI
April 05, 2024 - 04:26 PM


Malaysia kini bersiap sedia menghantar bantuan kemanusian ke Gaza melalui sempadan Rafah selepas Israel membenarkan penghantaran ‘bantuan sementara’ melalui sempadannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemungkinan akan ada tambahan bantuan lagi selepas beberapa siri penghantaran telah dilaksanakan sebelum ini.

“Itu tanggungjawab Israel. Dia (Israel) sudah khianat sekian lama. Orang dah hampir kebuluran, baru nak cakap. Tekanan kita akan terus bagi tekanan.

“Tapi memang sudah tiga kali empat kali dah bantuan disalurkan. Dua kali, saya minta dan kedua pada minggu lalu. Bantuan dipercepatkan dan kali ketiga, sampai.

“Insya-Allah, saya rasa kita akan bantu sebab masih ada petugas di sana dan menunggu giliran yang panjang, ratusan lori. Jadi, biar selesai dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di sini, tadi.

Destination: