
Malaysia Jadi Pilihan Google, Labur RM9.4 Bilion Bina Pusat Data & ‘Rantau Awan’
TERKINIMalaysia menyambut baik komitmen syarikat teknologi utama dunia, Google untuk melabur sebanyak RM9.4 bilion (AS$2 bilion) bagi mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia dengan Elmina Business Park milik Sime Darby Property Bhd di Greater Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan.
Pelaburan itu melibatkan pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Rantau Awan Google. Pembangunan kedua-dua fasiliti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan sama ada di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.
Memetik kenyataan rasmi, pusat data Google akan memperkasakan perkhidmatan popular mereka seperti Search, Maps dan Workspace.
Today we announced a new US$2 billion investment in Malaysia to develop our first Google data center and Google Cloud region, as well as expand local #AI literacy programs, in our continued commitment to advancing Malaysia together.
— Google Malaysia (@GoogleMsia) May 30, 2024
Read here ➡️ https://t.co/EApAD10H12 pic.twitter.com/d2Y29Hse0e
Sementara Rantau Awan Google akan menawarkan perkhidmatan awan berprestasi tinggi, kependaman rendah kepada perusahaan, syarikat permulaan dan organisasi sektor awam.