"Memalukan Negara" - Perangai Orang Malaysia Suka ‘Double Park’ Dikecam Rakyat Jepun Sampai Masuk Berita

TERKINI
May 10, 2024 - 03:51 PM


Tindakan dua orang warga Malaysia yang meletakkan kenderaan secara bertindih atau ‘double park’ telah menimbulkan kemarahan rakyat Jepun. 

Walaupun ia mungkin perkara normal di Malaysia tetapi bukan bermakna budaya itu diterima di negara luar lagi-lagi di negara seperti Jepun dimana parkir boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

Seorang pengguna di X menyatakan bahawa budaya parkir bertindih kini mendapat perhatian rakyat Jepun sehingga satu kejadian 'double park' oleh rakyat Malaysia telah menjadi berita utama di sana. 

“Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

"Ada designated parking space berbayar. Takde istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah2 rakyat Msia dekat internet," kata pengguna X tersebut. 

Difahamkan kejadian yang menjadi laporan berita di Jepun itu berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi prefecture dan kereta tersebut disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Kejadian bermula apabila kereta yang berada di hadapannya mahu keluar, tetapi tidak boleh kerana kereta sewa milik wanita Malaysia itu telah menghalang jalan utama.

Manakala pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa wanita Malaysia ini telah meminta dia kebelakangkan kereta untuk memudahkan dia keluar.  

 

Sumber: X

Destination: