"Memang Standard Ke Rate Ni?" - Wanita Terkejut Rider Mintak Upah RM50 Sebab Musim Hujan
TERKINIAbang rider delivery baik makanan mahupun yang menghantar parcel ni dah menjadi sebahagian dari hidup kita lebih-lebih lagi pasca Covid-19. Dengan adanya servis sebegini, memang menjimatkan masa dan memudahkan kita!
Kebiasaannya upah untuk seorang rider itu ditentukan oleh jarak penghantaran dan juga berat muatan yang dibawa. Namun, baru-baru ini perkongisan seorang wanita di Facebook berjaya mencuri perhatian netizen.
Mardhiah Mohamad berkongsi satu screenshot yang memaparkan perbualannya dengan seorang rider delivery. Dia ingin memesan makanan buat ibunya yang tidak sihat. Jadi demi menjimatkan masa dia pun menghubungi seorang abang rider.
Setelah memaklumkan hasratnya, Mardhiah dikejutkan dengan upah yang dikenakan sebanyak RM50. Walhal rider tersebut cuma perlu menghantar sebungkus nasi berlauk ayam berharga RM7.50.
Alasan yang diberikan oleh rider tersebut adalah kerana musim hujan. Mardhiah juga menegaskan jarak penghantaran hanya 8km iaitu dari gerai makan di Kota Bahru ke Kubang Kerian.
Di ruangan komen ramai yang terkejut dan berpendapat cas yang dikenakan tidak masuk akal. Ada-ada je lah ya orang zaman sekarang. Selagi boleh tekan, dia tekan!