[VIDEO] Minta Batal Coldplay, Tapi Ore Kelate Seronok Pula Layan Konsert "Seksi Maut" Di Bachok
TERKININegara baru-baru ini dikejutkan dengan penganjuran konsert melibatkan penyanyi yang berpakaian menjolok mata di Bachok, Kelantan.
Mana tidaknya, orang ramai mempersoalkan mengapa pemimpin dari negeri yang digelar serambi Mekah boleh membenarkan konsert tidak senonoh itu dilangsungkan.
Tidak cukup dengan itu, ‘ketegasan’ hukum Islam yang dipraktikkan kerajaan negeri Kelantan turut diragui kerana konsert hiburan berkenaan diadakan dengan meriah.
Lebih memburukkan keadaan, acara yang tidak mencerminkan budaya Malaysia itu turut dianjurkan di hari bermakna buat umat Islam iaitu penghulu segala hari, Jumaat.
Oleh yang demikian, wanita PKR Kelantan menuntut agar kerajaan negeri menyiasat konsert membabitkan penyanyi Thailand yang boleh memberikan pengaruh buruk itu.
Konsert di Tumpat Kelantan penyanyi orang Thailand.Di Kelantan kita tak panggil Coldplay kita panggil “Kerah Pelir” pic.twitter.com/hhojgntbr2
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) November 26, 2023
Perkara ini dedahkan Ketuanya iaitu Nor Azmiza Mamat yang memaklumkan bahawa tuntutan dibuat susulan penularan video konsert di pelbagai platform media sosial.
Menurut Azmiza, persembahan penyanyi, Thungpang Chanoknan yang diringi penari itu tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan, lapor Harian Metro.
“Difahamkan, konsert itu dianjurkan sempena Pesta Loy Krathong. Kami menyokong pelaksanaan enakmen itu namun melihat konsert yang berlangsung, kami menuntut kerajaan negeri membuat siasatan lanjut.
“(Kerajaan Negeri perlu) mengambil tindakan kerana jelas ia melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan. Kami juga menuntut sebarang konsert selepas ini benar-benar mematuhi enakmen,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas lanjut, Azmiza turut mencadangkan agar pihak terlibat mula menjalankan penguatkuasaan tegas bagi memastikan enakmen ini terus dipatuhi oleh masyarakat.
Azmiza yang pernah bertanding di Parlimen Bachok mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum lalu itu mahukan jawapan sama ada acara hiburan di daerah itu terkecuali daripada Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.
Wanita itu percaya, seluruh rakyat Kelantan tidak mahu enakmen hiburan yang dibanggakan selama ini hanya dipandang enteng semata-mata selepas kejadian ini.
Terdahulu, tular beberapa video di pelbagai platform merakamkan konsert yang dihadiri oleh ribuan pengunjung selain menampilkan artis jemputan dibawa khas dari Thailand.
Sumber: Malaysia Dateline