Netizen Hentam Wanita Indonesia Dakwa Tak Dengar Azan Sepanjang Berada Di Malaysia

TERKINI
May 23, 2024 - 12:01 PM


Malaysia sememangnya diketahui sebagai negara yang penduduknya majoriti beragama Islam. Maka, tidak hairan untuk melihat lambakan masjid dan surau di seluruh Malaysia yang mana akan kedengaran kumandang azan apabila masuk waktu solat. 

Namun, satu perkongsian mengejut dari seorang wanita dari Indonesia mendakwa dia tidak mendengar kumandang azan di beberapa negeri yang dilawati di sekitar Malaysia telah menaikkan kemarahan rakyat tempatan. 

Menerusi perkongsian video di media sosial, dia mengatakan sudah mengunjungi Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor namun tidak kedengaran sebarang kumandang azan.

Tidak terhenti di situ, dia turut mendakwa tidak kelihatan kewujudan masjid sepanjang perjalanan ke lokasi-lokasi terbabit. Jika ada pun, ia merupakan sebuah masjid besar di Kuala Lumpur dan dia masih mengeluh ketiadaan suara azan seperti yang di harapkan.

Wanita itu turut menambah lagi bahawa hanya mendengar kumandang azan dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turun pada telefon pintarnya.  

Hantaran wanita itu ternyata meraih perhatian netizen Malaysia sehingga menyebabkan dia dibidas kerana memberi gambaran buruk terhadap negara ini. 

Malah, ramai mempersoalkan lokasi yang dikunjungi adakah terlalu tersorok sehingga tidak kedengaran azan atau kelihatan kewujudan masjid. 

Ada juga ada netizen yang berkongsi stastik jumlah masjid dan surau yang memperlihatkan sebanyak 6,810 jumlah masjid dan 18,367 surau di seluruh Malaysia. Jadi, timbul kemusykilan bagaimana ada masalah ketiadaan kumandang azan di sini. 

 

Sumber: X & The Vocket

Destination: