"Patut 3 Malam Tak Disentuh" - Pengkid Pecah Tembelang, Pengantin Wanita Kecewa Ditipu

TERKINI
December 12, 2023 - 12:53 PM


Jodoh itu rahsia tuhan. Namun sebelum menerima seseorang itu sebagai teman hidup, seeloknya selidik dulu latarbelakangnya. Takut terjadi sebarang permaslahan yang tidak diingini.

Itu yang berlaku terhadap seorang wanita di Desa Pakuon, Mukim Sukaresmi, Daerah Cianjur, Jawa Barat, baru-baru ini, dikejutkan dengan pernikahan sejenis di kampung berkenaan.

Portal Kompas melaporkan Pegawai Mukim Sukaresmi, Latip Ridwan, mengatakan pernikahan itu berlangsung pada 28 November 2023.

Watch on TikTok

Difahamkan, pasangan itu, seorang wanita dinamakan AH berusia 25 tahun yang pada mulanya mengaku sebagai lelaki dan mempelainya wanita dinamakan I berumur 23 tahun.

Latip menjelaskan selepas bernikah, baru diketahui bahawa AH sebenarnya seorang wanita.

"Semua pihak terbabit langsung dalam majlis pernikahan sebelum ini sudah dipanggil dan diambil keterangan. Dia (AH) juga sudah mengaku berbohong dan memanipulasi status jenis kelaminnya," kata Latip kepada wartawan di pejabatnya, Jumaat lalu.

Namun demikian katanya, pihak mempelai perempuan memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap AH.

"Walaupun merasa tertipu, ini dianggap sebagai musibah. Mempelai perempuan hanya memilih untuk berpisah dengan 'suaminya' itu dan tidak mahu mengambil tindakan undang-undang selanjutnya," kata Latip.

Latip menjelaskan, berdasarkan pengakuan kedua mempelai, mereka sudah menjalin hubungan selama dua tahun secara jarak jauh.

 

Destination: