Pemandu Grab Hina Islam Depan Pelancong Wajar Diambil Tindakan Tegas
TERKINIBaru-baru ini tular rakaman video seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam kepada pelancong asing di platform sosila media
Dalam video dipercayai dirakam pelancong, pemandu berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam ketika berbual dengan pelancong asing yang menggunakan perkhidmatannya.
Mantap uncle type-c ni burukkan malaysia dekat pelancong , mmg takda jati diri langsung dekat negara sendiri.
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) June 4, 2024
Mendidih bila dengar pic.twitter.com/HViO0G6TPp
Difahamkan dia mempertikai Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa kebebasan tersekat termasuk larangan berjudi dan minum arak.
Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, berkata beliau kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.
"Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit.
"Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jose Rizal berkata, syarikat pengendali juga perlu mempertingkatkan amaran serta memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan seumpama itu.
"Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara (rosakkan keharmonian).
"Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing bertanggungjawab menyediakan garis panduan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu bagi mengelak perkara ini berulang," katanya.
Sumber: Berita Harian