PETRONAS: Jenama Minyak & Gas Paling Kuat Di Dunia Untuk Tahun 2024

TERKINI
March 27, 2024 - 03:23 PM


Dalam dunia moden hari ini, minyak dan gas menjadi penyumbang tenaga utama yang memacu kemajuan sesebuah negara. Ini kerana, negara yang memiliki industri minyak dan gas yang kukuh, akan memperlihatkan perkembangan ekonomi yang lebih baik.

Di Malaysia, jenama minyak dan gas kita dikenali sebagai Petroleum Nasional Berhad atau PETRONAS. Merupakan kebanggaan untuk rakyat Malaysia, prestasi yang hebat yang ditunjukkan Petronas menyaksikan syarikat itu mendapat pengiktirafan global.

Baru-baru ini, Brand Finance telah mengiktiraf PETRONAS sebagai jenama minyak dan gas paling kuat/kukuh di dunia pada 2024. Pengiktirafan tersebut diberikan melalui satu laporan yang diterbitkan Brand Finance di laman web mereka.

Selain daripada itu, PETRONAS juga berada dalam senarai 10 jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.

Menurut Brand Finance Directory, jenama PETRONAS dianggarkan bernilai sebanyak USD 14.561 bilion (USD1/RM4.7215) yang membuatkannya berada di tangga ke-10 pada 2024.

Dalam pada itu, jenama syarikat pengeluar minyak gergasi United Kingdom (UK), Shell yang dianggarkan bernilai USD50.32 bilion muncul sebagai jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.

Kedudukan berkenaan kemudian diikuti Aramco (Arab Saudi) dengan nilai USD41.562 bilion dan PetroChina (China) dengan USD28.5 bilion.

 

Sumber: Brand Finance & Siakap Keli

Destination: