Ramai Tidak Puas Hati, View Point Wang Kelian Kenakan Caj Bergambar Buat Pengunjung

TERKINI
February 13, 2024 - 12:54 PM


Perlis sememangnya salah satu destinasi tempatan yang boleh dikatakan "underrated". Jadi, sempena tahun melawat Perlis, sudah semestinya ramai rakyat Malaysia yang ingin datang untuk berjalan mahupun bercuti di negeri tersebut.

Namun, ada satu ciapan yang membuatkan rata-rata warga tempatan berasa kurang senang dengan salah satu lokasi tumpuan di Perlis iaitu View Point Wang Kelian. View Point Wang Kelian sering menjadi pilihan untuk para pengunjung menikmati keindahan panorama kehijauan hutan dan Tasik Timah Tasoh.

Menurut ciapan tersebut, pengunjung View Point Wang Kelian kini bukan sahaja dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bahkan pengunjung yang membawa kamera dan perakam video dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk seunit bagi warganegara Malaysia, manakala RM20 untuk bukan warganegara.

Manakala untuk menjalankan sesi pengambaran filem atau dokumentari pula dikenakan caj RM500 sehari untuk warganegara dan RM1,000 untuk bukan warganegara.

Bagi tujuan fotografi pula dikenakan caj RM200 sehari untuk warganegara, manakala bukan warganegara dikenakan RM400 sehari.

Destination: