"RM5K Buat Siapa Ada Bukti Dashcam" - Lelaki Tawar Ganjaran Untuk Saksi Yang Ada Video Insiden Zaharif Affendi Dilanggar

TERKINI
December 19, 2023 - 12:40 PM


Negara dikejutkan dengan tragedi seorang pelajar SPM yang maut dilanggar oleh seorang pegawai polis hanya kerana membunyikan motor dengan kuat. Kes tersebut mendapat perhatian dari seluruh Malaysia. 

Kini, tampil seorang individu lelaki yang menawarkan wang ganjaran sebanyak Rm5,000 untuk mana-mana saksi yang mempunyai bukti dashcam membuktikan pelaku melanggar hingga mati Muhammad Zaharif Affendi.

Hantaran tersebut dibuat di Facebook oleh Fahmi Huzairi


Tambah lelaki tersebut, saksi yang mempunyai bukti sedemikian boleh serahkan secara terus kepada keluarga mangsa dan jika ianya disahkan mampu membantu tegakkan keadilan buat keluarga mangsa, saksi boleh minta keluarga atau peguam mangsa untuk menghubunginya supaya ganjaran boleh diberikan.

Polis masih mencari bukti rakaman dashcam insiden terbabit

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti rakaman dashcam berkaitan insiden pelajar dilanggar pegawai kanan polis untuk tampil membantu siasatan.

Menerusi laporan oleh BERNAMA, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pihak polis masih belum menerima rakaman bukti berkaitan kes berkenaan.

 

Destination: