"Sayu Sangat" - Mahasiswi Tabahkan Hati, Ayah Pergi 15 Minit Sebelum Terima Skrol Ijazah

TERKINI
November 07, 2023 - 11:17 AM


Sudah menjadi lumrah dan impian setiap pelajar ipt untuk menjadi sebahagian daripada penerima skrol di majlis konvokesyen. Penat lelah setiap semester, pasti rasa berbaloi di saat menaiki pentas untuk menerima skrol yang diidamkan.

Namun, siapa sangka momen yang sepatutnya menjadi memori gembira sepanjang hayat bertukar hiba. Viral satu video di platform TikTok, seorang pelajar menerima khabar berita mengenai kematian bapa tercinta.

@uniszaedumy

Khabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.

♬ original sound - UniSZA

Haslina Kalang, yang merupakan pelajar graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan kepujian) menerima satu panggilan telefon dari jiran yang berada di kampung 15 minit sebelum menaiki pentas.

Bapanya Kalang Tona, 56, telah pergi menghadap Illahi pada jam 10.30 pagi semasa Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15 sedang berlangsung. Pada awalnya, Haslina agak berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyennya kerana kondisi bapanya.

Namun, dia teguhkan hati memenuhi hasrat bapanya,

 "Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah" "

Haslina turut menjelaskan, perasaannya sebelum menaiki pentas.

Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol",

Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini.

Pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UnSZA.

Destination: