"Sudah Dilaporkan, Tapi Tiada Respon Dari JAKIM" - Dr Maza Dedah & Ulas Isu GISB

TERKINI
September 13, 2024 - 10:26 AM


Isu membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) semakin mendapat perhatian ramai. Kini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan bahawa pengkaji sudah membentangkan isu ini kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak penguat kuasa namun tiada tindakan yang diambil.

Beliau berkata, isu (GISB) mula dibangkitkan apabila terdapat pihak yang membuat kajian tentang kes ini bertemu beberapa pihak bertanggungjawab tapi tidak ada satupun respon mahupun tindakan yang mengambil tindakan.

@suaramadani_official Dr MAZA Menjawab Persoalan Berkenaan GISB kredit : Dr. Maza Channel #DrMAZA #GISB #suaramadani #fypシ゚ #fyp #fypシ゚viral ♬ bunyi asal - Suara Madani

Dalam pada itu, Dr Maza mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin GISB untuk mengadakan satu pertemuan. Mohd Asri juga memaklumkan bahawa pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk hadir pada pertemuan itu.

"Hari ini (semalam) kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis pada 20 hari bulan.

"Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju hadir," katanya dalam hantaran di TikTok 

Destination: