"Tanda Parking Biar Ingat" - Pemuda Kantoi Kencing Di Tempat Letak Kereta

TERKINI
November 17, 2023 - 12:50 PM


Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjaga kebersihan lebih-lebih lagi di persekitaran awam. Itu yang membezakan kita dengan pelancong luar yang sering membuat onar ketika bercuti di negara kita.

Baru-baru ini, viral satu video yang memaparkan satu tindakan yang agak menjijikkan dari seorang pemuda.

Video yang dikongsi oleh @agnesvanora itu mendapat perhatian ramai. Seorang pemuda yang dipercayai warga tempatan nekad untuk membuang air kecil di satu tempat letak kenderaan di suatu pusat membeli-belah di Subang Jaya.

Agnes yang bertindak merakam perbuatan lelaki tersebut tidak menunggu lama untuk menegurnya dan menyatakan bahawa ada tandas berhampiran. Terkejut akibat ditegur, pemuda itu terus masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan tempat kejadian. 

Destination: