"Terpaling Ex Staff" - Netizen Bengang Pasangan Ini Demand Macam-Macam Ketika Order
TERKINIPengalaman bekerja di sesuatu tempat terutama dalam bidang Food and Beverage (Fnb) pastinya membuatkan seseorang itu faham dan tahu tentang sesuatu prosedur, cara pengendalian dan proses memasak makanan sebelum dipesan oleh pelanggan.
Namun begitu, pengalaman bekerja tidak menjamin seseorang itu mempunyai empati atau memahami tekanan ketika bekerja lagi-lagi di bidang Fnb.
Buktinya, dalam satu video yang tular di X baru-baru ini, satu pasangan ini telah membuat video point of view (POV) yang menunjukkan mereka meminta macam-macam ketika memesan makanan segera di sebuah kaunter pandu lalu.
dah alang alang terpaling ex staff tu kan apa kata masuk masak sendiri pic.twitter.com/eCge1QTL20
— AL (@ciraplaici) March 11, 2024
Berdasarkan video tersebut, seorang wanita yang berada dalam kereta telah memesan bubur nasi kepada pekerja restoran tersebut. Dia meminta bubur itu dihidang panas dan diambil daripada periuk bubur.
Lelaki yang dapat dilihat dalam video itu juga meminta agar semua makanan yang dipesan dimasak pada waktu itu juga. Mereka juga meminta pekerja restoran tersebut memenuhi kehendak mereka.
"Sebab deluxe masak 4 minit je kan? Boleh tunggu yang itu (bubur nasi) asalkan yang dalam periuk punya.
"Tapi deluxe yang kosong tu, minta request patty tu nak potong," katanya.
Permintaan mereka yang kelihatan terlalu 'demand' itu mengundang pelbagai reaksi netizen di ruang komen. Malah ada netizen yang berpendapat bahawa tindakan pasangan ini seperti mahu menyusahkan pekerja restoran tersebut.
"Laa ingatkan pencen fnb permudahkan org. Dia pulak jadi terpaling customer.
"Terpaling tahu.
"Order fast food tapi demand macam nak makan fine dining," tulis mereka.
Sumber: X