'Tolong Ringankan Hukuman, Saya Dah Taubat" - Bapa Rogol Anak Hingga Bersalin Dipenjara 72 tahun, 60 Sebatan

TERKINI
September 12, 2024 - 04:07 PM


Seorang buruh merayu pada Mahkamah Sesyen untuk meringankan hukuman kerana merogol anak kandungnya berusia 15 tahun (ketika kejadian) tanpa kerelaan yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama dan adat.

"Tolong ringankan hukuman, saya sudah taubat dan mahu kembali kepada anak-anak kerana mahu membimbing mereka."

Hari ini menjatuhkan Mahkamah Sesyen menjatuhjkan hukuman penjara 72 tahun dan 60 sebatan atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya sehingga bersalin, tahun lalu.

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan terbabit. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama iaitu sebuah rumah di Kuala Krai, di sini, kira-kira 1 pagi sehingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Destination: