Bapa Rogol Anak OKU Hingga Lahirkan Bayi Ditahan
TERKINISeorang remaja OKU usia 13 melahirkan bayi dipercayai dirogol bapa sendiri di Dungun. Perbuatan keji itu disedari selepas mangsa mengadu sakit perut dan dibawa ke klinik smlm dan disahkan hamil 7 bulan. Remaja itu lahir anak pada hari sama.
Suspek usia 45 ada rekod jenayah ditahan.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kejadian itu disedari selepas remaja berusia 13 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan dikejarkan ke klinik.
"Polis menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga. Hasil siasatan itu, kita menahan bapa mangsa pagi tadi," katanya.
Katanya, hasil siasatan awal, polis percaya mangsa dirogol sejak berusia 12 tahun dan suspek yang bekerja sebagai buruh turut mempunyai rekod jenayah berkait kesalahan dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.