[VIDEO] Pemandu Ambulans Dikejutkan Dengan Suara Bacaan Yassin Setelah Pulang Turunkan Jenazah

TERKINI
January 18, 2024 - 12:31 PM


Antara tugas yang mulia di sisi agama sudah tentunya mereka yang membantu dalam menguruskan jenazah. Termasuk mereka yang memandu van jenazah mahupun ambulans. Disebabkan itu, ramai anak muda digalakkan untuk belajar proses menguruskan jenazah.

Baru-baru ini, viral satu video yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu van jenazah di Indonesia. 

Berdsarkan video dan kapsyen, seorang pemandu ambulans baru sahaja menurunkan sekujur mayat. Setelah selesai menurunkannya. Dia pun ingin pulang ke rumah dan terpaksa memandu seorang diri di pagi hari. Jam menunjukkan 2 pagi.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara seakan-akan wanita tua yang sedang mengaji. Dia pun nekad untuk merakam kejadian tersebut. Memang jelas, ada seseorang sedang membaca surah Yassin ayat 20 hingga 27.

Di ruangan komen ramai yang menyatakan kata-kata semangat kepada pemandu tersebut. Ada yang menyatakan jin Islam sedang mendoakan untuk si pemandu.

Destination: