Video Suami Curang Tumbuk Isteri Baru Habis Pantang, Polis Buka Kertas Siasatan
TERKINIPolis mengesan pelaku dalam video tular sejak semalam memaparkan seorang lelaki yang memukul isterinya di sebuah hotel di daerah ini.
@_itsmetrishaa91 CURANG #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihanbukanpaksaan #curang #portdikson #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #penyondollakiorang ♬ Masing Masing - Encik Senget
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada jam 3 petang semalam pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel.
“Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.
“Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.
Isteri kepada lelaki itu yang dikatakan baharu habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan.