Wanita Berang Bacaan Imam Terlalu Kuat Ditahan Polis

TERKINI
March 18, 2024 - 03:01 PM


Semalam tular satu video memaparkan seorang wanita yang didakwa masuk ke ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan biadap terhadap jemaah di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi .

Menurut pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi Ismail Din, “Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu, namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri.”di sini, 

Menerusi hantaran tular, wanita terbabit dikatakan bertanya “Siapakah bilal dan imam yang sedang menyalak seperti anjing, membaca selawat dan bacaan Al-Quran itu? Bacaannya seperti syaitan bersuara sumbang, menyalak seperti anjing gila”.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita warga emas berkenaan ditahan selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada polis di balai berhampiran.

“Wanita terbabit mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Dia akan dirujuk kepada rawatan psikiatri kerana didapati mempunyai gejala penyakit mental,” katanya.

Semalam, media melaporkan mengenai kejadian tular mengenai wanita berkenaan yang bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Berikutan kejadian itu tular, laporan polis dibuat 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Destination: