Thailand Bakal Kenakan Yuran Kemasukan RM62 Kepada Pelancong

October 07, 2021 - 02:59 PM


Antara negara favourite min ialah Thailand kerana ianya berjiran dengan negara tercinta kita dan negara tersebut penuh dengan banyak tempat menarik. Thailand merupakan antara negara yang terkesan terus akibat COVID-19 daripada segi ekonomi kerana negara tersebut kebergantungan mereka kepada sektor pelancongan.

Thailand baru-baru ini bercadang untuk mengenakan yuran kemasukan buat pelancong luar bernilai sekitar 500 baht (~RM61.78) bermula tahun 2022 sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan negara.

Thailand mensasarkan jumlah yuran sebanyak 5 juta baht (~RM617,859.71) bakal berjaya dikutip dengan jangkaan 10 juta pelancong luar bakal memasuki negara mereka. Dana tersebut akan dibahagikan kepada antara sektor kerajaan dan swasta dalam membangunkan semula tempat pelancongan di Thailand.

Berdasarkan yuran yang dikenakan, mereka yang berminat untuk memasuki Thailand kelak perlu menyediakan wang tambahan dalam membayar yuran kemasukan yang dikenakan.

Destination: