Thailand Bakal Wajibkan Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong, Hujung Tahun Ini!

PANAS
July 02, 2019 - 12:59 PM


Siapa dekat sini yang suka bercuti atau melancong ke bandar atau pulau-pulau cantik di negara jiran kita, Thailand?

Kalau ya, ini berita terbaharu yang korang kena alert dan beri perhatian!

Kemungkinan hujung tahun ini, pihak berkuasa Thailand bakal melaksanakan undang-undang untuk mewajibkan caj insurans perjalanan sebanyak 20 Baht atau RM2.70 kepada semua pelancong yang masuk ke negara gajah putih itu.

Menurut Setiausaha Agung Thailand, Suthiphon Thaveechaiyagarn, jika cadangan tersebut dipersetujui oleh Kabinet, setiap pelancong yang berkunjung ke sana akan diarahkan membuat pembayaran di kaunter imigresen lapangan terbangnya.

Malah, setiap agensi pelancongan di negara itu juga akan diminta untuk mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan mereka bagi tujuan perlindungan.

Jika mereka gagal berbuat demikian, agensi pelancongan terlibat juga dicadang bakal dikenakan denda sebanyak 500,000 baht (RM67,494).

Insurans perjalanan itu nanti menawarkan sehingga 1 juta Baht atau RM134,944.50 perlindungan dalam kes kematian dalam tempoh sebulan.

Cadangan ini diusulkan kepada pihak pemerintah Thailand berikutan beberapa tragedi yang berlaku kepada pelancong asing, termasuk kematian 47 pelancong dari China akibat kejadian bot karam di Phuket pada tahun lepas.


Antara pelancong China yang terkorban dalam tragedi bot karam di Phuket, tahun lalu.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kembali keyakinan pelancong asing ketika mengunjungi Thailand, memandangkan sektor tersebut menyumbang 2.13 trilion Baht kepada pendapatan negara.

Sumber: Today Online

Destination: 
;