12 Tempat Best Di Penang Yang Wajib Pergi

TIPS TRAVEL
December 13, 2021 - 11:55 AM


Pulau Pinang merupakan antara pulau yang terkenal di seluruh dunia. Terdapat banyak tarikan menarik di sini dan ianya unik berbanding pulau-pulau lain di Malaysia. Sebut saja tentang nama pulau ini tentu teringat akan nasi kandar dan beberapa makanan lain memandangkan ianya tempat syurga makanan. Namun bukan makan sahaja yang korang patut cuba di sini, korang mestilah tahu dan datang ke beberapa tempat menarik sekitar Pulau Pinang. 

12 TEMPAT MENARIK WAJIB CUBA DI PENANG

1. The Habitat, Bukit Bendera

Antara tempat tumpuan yang menarik di pulau ini adalah Bukit Bendera. Disini korang boleh menikmati pemandangan seluruh pulau di puncak paling tinggi apabila anda kunjungi The Habitat Penang Hill. Korang juga boleh menikmati pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang serta hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.

Untuk sampai ke sini, korang boleh menaiki Funikular Bukit Bendera dan mengembara melalui terowong landasan sepanjang 258 kaki yang mana dikatakan adalah yang paling curam di dunia!

Untuk maklumat lanjut: https://thehabitat.my/

2. Escape Theme Park

Menarik tentang tempat ini adalah di sini terdapat gelongsor air paling panjang di dunia, sepanjang 1,111 meter. Terdapat lebih 30 aktiviti menerujakan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay, termasuk luncur keluang, gelongsor air, halangan tali, panjat batu dan banyak lagi. Jom ke Escape Theme Park dan meluangkan masa bersama orang tersayang. 

Untuk maklumat lanjut: https://www.escape.my/

3. Entopia by Penang Butterfly Farm

Jika korang merupakan pecinta rama-rama atau ingin membawa anak-anak untuk mengenal spesis rama-rama, Entopia By Penang Butterfly Farm adalah tempat yang mesti dikunjungi di Pulau Pinang. Sebuah habitat bagi 15,000 rama-rama yang terbang bebas, bersama lebih 200 spesies tumbuh-tumbuhan serta air terjun, kolam, gua dan taman seni, Entopia adalah salah satu taman rama-rama paling besar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut: https://www.entopia.com/

4. The TOP Komtar

Di sini korang boleh menikmati pemandangan terbaik Georgetown. Ia merupakan satu tempat untuk menikmati pemandangan malam di sana. The Top Komtar, tertelak di tingkat 68, Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat yang menawarkan pemandangan indah Georgetown, dengan kaca lutsinar di bahagian bawah dan di tepi jambatan. 

Untuk maklumat lanjut: https://thetop.com.my/

5. The Dark Mansion 

Pengemar seni wajib ke sini bagi melihat lukisan-lukisan yang berubah daripada lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat! Korang wajib bergambar dengan orang tersayang di depan karya seni unik yang bercahaya. Disini terdapat lukisan yang bercahaya dalam gelap paling besar di dunia, sebuah karya agung oleh pakar ilusi 3D, Edgar Müller.

Untuk maklumat lanjut: https://www.klook.com/en-MY/activity/6645-dark-mansion-penang/

6. Pulau Jerejak

Pulau Jerejak merupakan pulau bersejarah yang menawan, terletak cuma 10 minit dari Pulau Pinang dengan menaiki feri. Pulau yang indah ini ada banyak tempat bergambar yang cantik, termasuk jeti pelangi dan buaian romantik di pantai, ia juga terkenal kerana pemandangan matahari terbenam yang menjadikan langit berwarna merah jambu, kuning, dan jingga! 

7. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Teluk Duyung antara pulau tercantik yang korang wajib lawati. Tempat terpencil ini terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang, di mana ia mempunyai lebih 500 jenis flora dan fauna, dan pulau menawan di mana anda boleh bercuti tanpa bersesak dengan orang ramai.

8. Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden Penang akan membawakan korang ke alam dunia ajaib pada waktu malam. Ianya terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini diubah menjadi destinasi fantasi yang menawan. Lokasi ini merupakan salah satu tempat indah Pulau Pinang yang sesuai untuk percutian keluarga atau janji temu romantik!

Untuk maklumat lanjut: https://penangfoodie.com/penang-avatar-secret-garden/

9. Penang Bird Park

Tentu Menarik untuk membawa anak-anak kecil ke sini kerana mereka boleh belajar dan mengenal lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia, Taman Burung Pulau Pinang ini adalah taman burung pertama dan paling besar di Malaysia. Taman ini bersaiz 5 ekar dan mempunyai laluan aviari, pondok kecil, laluan berbelok dan kolam yang cantik di mana korang boleh bermesra dengan burung-burung jinak daripada burung kelicap kecil kepada burung unta setinggi 8 kaki, burung undan yang terbang bebas, angsa yang anggun, flamingo, burung enggang, burung botak dan itik yang berwarna-warni.

Untuk maklumat lanjut: https://www.penangbirdpark.com.my/

10. Batu Ferringhi

Siapa tak tahu Batu Ferringhi, ia merupakan pantai yang luas dan sangat popular kepada pengunjung di Pulau Pinang. Di sini korang boleh berjemur di siang hari dan bersantai di bar dan restoran di malam hari. Bagi yang membawa anak-anak, mereka boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini, daripada jet ski kepada paralayar, bot pisang dan banyak lagi.

11. Kampung Agong

Tahukah korang jika datang ke Pulau Pinang, di sini ianya bukan sahaja penuh dengan bandar sebaliknya terdapat sebuah kampung yang seakan Bali di Kampung Agong. Tempat ini merupakan sebuah kawasan kampung yang dikelilingi pokok kelapa, sawah padi dan rumah kayu tradisional yang dibina di atas kaki bajang. Korang wajib ke sini bagi mengubat rindu akan suasana kampung dan melupakan sementara dengan kesibukan kerja. 

12. Armenian Street

Fakta menarik tentang pulau ini juga adalah ia terkenal dengan karya seni jalanan. Antara tempat terkenal untuk mencari karya-karya seni di sini adalah di Armenian Street. Di sini korang boleh temui karya terkenal seperti Adik-Beradik di atas BuaianBudak di atas Motosikal, serta Budak di atas Basikal.

Sumber Gambar: zhiying__0901arief83fitri, nadiahalim7, aini.nasir, semanyssss, parkroyalpenangresort

Destination: