Kesilapan Yang Sering Membuatkan Beg Kita Menjadi Target Pencuri Di Airport
Travel menggunakan beg tarik ataupun luggage kadangkala menjadi masalah kepada penumpang. Selain perlu menunggu lama di tempat menagmbil bagasi (sekiranya check in), perkara yang kadang – kadang berlaku adalah kes beg rosak atau barangan dicuri.
Seperti yang kita ketahui, travel menggunakan luggage ini ada pro dan cons dia. Salah satu kebaikannya, banyak ruang untuk bawak labih banyak baju atau boleh shopping banyak semasa balik. Tapi, risikonya beg tarik ni ada yang dicampak dan kebarangkalian rosak itu tinggi.
Baru – baru ini, ada perkongsian yang dilakukan oleh pekerja syarikat penerbangan di Reddit tentang kesilapan yang sebenarnya ‘mendedah’ beg kita kepada bahaya.
Tambahnya, penggunaan mangga atau kunci di zip beg sebenarnya tidak membantu langsung. Hakikatnya, ini membuatkan beg kita menjadi target dengan andaian ‘mesti ada barang berharga, sebab itu ia dikunci’.
Sebenarnya, kunci di bahagian zip beg tidak membantu kerana ia boleh dibuka menggunakan pen dan kalau buat pencarian di Youtube, memang ada cara yang ditunjuk dan ini juga cara yang digunakan oleh pekerja di syarikat penerbangan sekiranya beg tersebut perlu dibuka untuk pemeriksaan terutamanya penerbangan transit.
Sama seperti beg yang dibawa ke atas, beg yang di check in akan melalui mesen pengimbas dan pekerja atau pihak keselamatan perlu membuka beg untuk tujuan pemeriksaan sekiranya mereka mengesan sesuatu yang mencurigakan.
Realitinya, beg yang tidak berkunci lebih mudah untuk diperiksa dan sekiranya beg berkunci, mereka ada hak untuk membuka atau sekiranya berkunci mereka akan memotong kunci berkenaan. Menurut perkongsian pekerja berkenaan, beg yang dipotong kuncinya akan ditinggalkan nota dan dilekat dengan pita pelekat.
Sebagai alternatif, penumpang dinasihatkan menggunakan pengikat kabel atau cable tie pada zip beg. Ini semestinya memudahkan mereka sekiranya beg perlu diperiksa.
Selain menjimatkan kos, cable tie semestinya perlu dipotong supaya beg boleh dibuka. Jadi, bahasa mudahnya, kalau sudah dipotong, bermaknya beg anda telah dibuka untuk tujuan pemeriksaan.
Untuk keselamatan, bawa barang beharga bersama anda dalam satu beg kecil ke atas kabin. Atau cari kotak berkunci untuk simpan barangan berharga kalau nak check in. Jadi, kalau beg dibuka sekalipun, barang beharga tetap 'berkunci'.
Cuba tengok video orang bukak beg ni;