Teroka Sarawak Lebih Mudah Dengan Aplikasi Sarawak Travel

July 17, 2020 - 02:41 PM


Kunjungan ke Sarawak selepas ini pastinya lebih mudah apabila wujudnya sebuah aplikasi yang mempunyai segala maklumat untuk menerokai negeri Bumi Kenyalang ini iaitu Sarawak Travel.

Segala maklumat mengenai Sarawak seperti lokasi menarik untuk dikunjungi, destinasi tarikan, tempat makan menarik dan macam – macam lagi boleh diketahui hanya melalui aplikasi ini.

Dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong yang ingin melancong ke Sarawak, pastinya segala maklumat berkenaan latar belakang serta lokasi amat membantu. Selain itu, para pelancong yang menggunakan aplikasi ini boleh terus menghubungi nombor yang disediakan dalam aplikasi berkenaan untuk mendapatkan lebih informasi.

Apa yang menarik ialah, selain menyenaraikan semua tarikan pelancongan di Sarawak, aplikasi ini juga menyediakan pendangan imej 360 darjah tarikan – tarikan tertentu seperti Kuching Waterfront dan lain – lain. Setidaknya dengan adanya fungsi ini, dan juga fungsi realiti maya (VR), pengunjung dapat melihat tempat yang ingin dikunjungi ‘lebih awal’.

Selain itu, aplikasi Sarawak Travel ini juga turut menyenaraikan pakej – pakej dan pelancong boleh terus membuat tempahan dan pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Aplikasi Sarawak Travel ini dibangunkan hasil usahasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan pasukan dari Pusat Penyelidikan Inovasi dan Enterprise Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Destination: