15 Trick Dan Tips Nak Dapatkan Tiket Penerbangan Murah Pada 2020

January 07, 2020 - 04:44 PM


Sejujurnya, harga tiket penerbangan adalah komponen atau bahagian paling menelan belanja dalam satu – satu percutian (kalau gunakan kapal terbang lah), namun ini bukan bermaksud anda perlu membayar lebih atau dalam erti kata lain rugi untuk travel.

Sebenarnya, ada beberapa cara, trick dan tips yang boleh digunapakai untuk mendapatkan harga yang lebih murah daripada biasa. Sejujurnya, kalau betul nak murah, jimat, taknak keluar duit banyak, jangan travel. Hehe.

Gunakan trick dan tips mencari tiket murah ini kalau nak travel dengan perbelanjaan yang tidak terlalu besar :

#1. Flash Deal

Sebelum membeli tiket penerbangan, suka kami nasihatkan anda supaya rajinkan diri untuk buat perbandingan di laman web syarikat penerbangan. Biasanya, ada syarikat yang akan membuat ‘flash deal’ yang mana promosi ini hanya akan berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Biasanya promosi tersebut dalam masa beberapa jam, sehari atau bergantung pada syarikat yang tawarkan lah. Cuma, nasihatnya disini, pastikan anda baca terma dan syarat serta fahamkan apa yang anda beli dan sebagainya.

 

#2. Program Kesetiaan

Biasanya, setiap syarikat akan ada cara tersendiri untuk menarik pelanggan dan salah satu daripadanya adalah program kesetiaan ataupun biasa disebut sebagai ‘frequent flyer’.

Selepas pendaftaran, biasanya anda akan menerima beberapa kelebihan seperti diskaun untuk pembelian tiket atau peroleh mata untuk setiap tiket yang dibeli. Mata ini kemudian boleh digunakan untuk menebus tiket ke mana – mana destinasi.

 

#3. Kad Kredit Syarikat Penerbangan

Ada kalanya, syarikat – syarikat penerbangan ini akan menjalankan kerjasama dengan bank dan mereka akan tawarkan kredit kad khas sama ada berbentuk kad khas ataupun ada kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya membayar tambang penerbangan dengan kad kredit dari kad kredit mereka.

 

#4. Kad Kredit Fleksibel

Jika anda tidak mahu terikat dengan mana – mana syarikat penerbangan, boleh cub acari kad kredit yang fleksibel. Dalam bahasa mudah, ia berikan banyak kelebihan dan boleh digunapakai untuk banyak syarikat penerbangan. Ada yang buat tawaran untuk tukarkan mata ganjaran kepada rakan kongsi mereka.

Kalau tak silap, antara  bank yang banyak membuat tawaran sebegini melalui kad kredit adalah Standard Chartered, AmBank, CitiBank, RHB dan banyak lagi.

 

#5. Pertimbangkan Banyak Destinasi

Biasanya, bila kita dah tanamkan dalam kepala yang kita nak tuju ke satu destinasi, kita akan rasa terikat. Cuba buat beberapa ‘plan kecemasan’. Maksudnya, sekiranya destinasi asal tu mahal, kita tukar ke tempat lain.

Kalau tidak pun, cuba bandingkan harga penerbangan terus dan penerbangan multi-city, maknanya kita perlu transit di mana – mana. Biasanya, ini akan lebih murah.

 

#6. Bercuti Ketika Musim Sekolah

Dalam erti kata lain, jangan travel di musim cuti sekolah, cuti umum dan sebagainya. Memang ketika cuti, permintaan akan meningkat, jadi harga tiket pun akan meningkat sama.

Selain daripada harga tiket murah, perbelanjaan seperti hotel juga akan lebih murah dari musim cuti. Kalau destinasi popular pula, pastinya kurang sesak.

 

#7. Buat Perbandingan Harga

Untuk satu destinasi, biasanya ada banyak syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan dan secara biasanya juga syarikat – syarikat ini akan berikan tawaran dan diskaun menarik.

Jika di Malaysia, kita juga sebenarnya boleh terbang keluar negara dari beberapa lapangan terbang (bukan KLIA atau KLIA2 sahaja).

Nota Editor : Sebelum travel, suka survey dua tiga website perbandingan seperti Cheapflight dan lain – lain, kendian bandingkan pula dengan harga di laman web rasmi syarikat penerbangan. Selalunya, beli di laman web direct lebih murah.

 

#8. Rajin Baca Newsletter

Berita mingguan atau bulanan dari mana – mana syarikat penerbangan biasanya akan ada produk – produk baharu yang ditawarkan. Ada kalanya, diorang akan berikan diskaun ‘early-bird’ untuk pelanggan yang langgan newsletter mereka.

Dalam masa yang sama, kita akan jadi yang terawal tahu berkenaan mana – mana promosi.

 

#9. Follow Akaun Sosial Media Syarikat Penerbangan

Medium paling mudah untuk jumpa tawaran – tawaran menarik selain daripada newsletter adalah akaun rasmi media sosial syarikat penerbangan ataupun mana – mana akaun socmed syarikat yang tawarkan diskaun untuk travel.

Selain laman web, follow-lah Facebook, Twitter dan Instagram mereka juga. Biasanya diorang akan update di sini dahulu.

 

#10. Terbang Pada Midweek

Ini bukan lagi rahsia. Banyak tips travel atau tips mencari penerbangan murah serta kajian menunjukkan yang harga tiket pada midweek adalah yang paling murah. Jadi, pilihlah antara Isnin, Selasa ataupun Rabu.

Paling penting disini adalah untuk jadi lebih fleksibel dalam menetapkan tarikh percutian. Sebab itu, ramai yang suka travel solo, senang untuk atur masa sendiri. Bila ramai – ramai ni, leceh sikit nak dapatkan kesepakatan. Sudahnya, tak travel.

 

#11. Pertimbangkan Lapangan Terbang Lain

Kalau memang niat untuk ‘travel murah’, cuba terbang ke lapangan terbang lain yang ada di destinasi yang anda nak tuju. Contoh, nak ke Bandung. Cuba tengok penerbangan ke Jakarta, mungkin lebih murah.

Tapi, jangan lupa tambah kos pengangkutan lain yang anda bakal ambil untuk ke destinasi asal. Misalnya kos naik bas ke, kos naik kereta api mahupun naik grab. Semua tu costing tu.

Ada banyak kes, kononnya nak jimat, tapi jadi rugi besar disebabkan lupa ambil kira kos – kos macam pengankutan, makanan dan sebagainya.

 

#12. Gunakan Aplikasi Kesan Harga Online

Gunakan aplikasi untuk ‘track’ harga route kita tersebut ataupun gunakan fungsi ‘notify’ yang ada disediakan di sesetengah website supaya kita akan menerima notifikasi sekiranya harga jatuh dan sebagainya.

Antara yang paling popular digunakan adalah SkyScanner. Ia mampu meramal harga tiket serendah mungkin dan sekitarnya bernasib baik dan sabar, dapatlah terbang dengan murah. Kan jimat dekat situ.

 

#13. Gunakan Google Flights

Feature yang baru ditawarkan oleh Google ini merupakan salah satu alat yang mampu membantu traveller untuk merancang perjalanan selain menjimatkan.

Fungsi Google Flights ini membolehkan pengguna membandingkan harga pada tarikh tertentu ke mana – mana destinasi untuk kesemua syarikat penerbangan utama seluruh dunia. Selain itu, boleh juga buat carian ke mana – mana benua seperti Asia, Eropah mahupun Caribbean.

 

#14. Tempah Awal

Seperti biasa, cara paling senang nak cari penerbangan yang murah adalah dengan beli tiket awal. Tambang pesawat ni akan jadi murah bila kita tempah awal, sekurang – kurangnya 9 bulan dari tarih nak terbang.

 

#15. Terbang Awal Pagi

Selalunya, tak ramai yang sanggup bangun pagi untuk ke airport dan ambil penerbangan awal pagi. Bila permintaan berkurang, jadi harga turut dikurangkan. Cuba perhatikan harga penerbangan jam 7 pagi ke bawah, biasanya ia merupakan pilihan paling murah. Selain pada itu, setidaknya anda akan tiba awal di destinasi.