5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Travel Ke Patagonia

April 18, 2022 - 12:44 PM


1. Patagonia ini terletak di bahagian selatan Chile dan Argentina. Ianya bermaksud, korang ada dua cara untuk ke sini. Sama ada melalui Argentina ataupun Chile.

2. Kawasan Patagonia sangatlah luas. Seeloknya korang study betul-betul korang nak cover area mana. Nak main terjah pun boleh sebenarnya. Tiada masalah. Cuma kalau korang mempunyai cuti yang limited, elok lah korang buat proper planning.

3. Korang mempunyai dua pilihan untuk explore kawasan ini. Sama ada memandu kereta sewa ataupun join local tour. Tiada pengangkutan awam di sekitar National Park.

4. Kebanyakkan kawasan disini tidak mempunyai phone coverage. Sekiranya korang plan nak explore sendiri, seeloknya sediakan siap-siap peta dan kelengkapan yang sepatutnya.

5. Tiada cafe mahupun restaurant (kalau ada pun sangat lah limited) di dalam kebanyakkan national park di Patagonia. Jadi, sediakanlah siap-siap bekalan makanan yang secukupnya.

Okay. Cukup lah setakat 5 tips dulu. Ke nak saya sambung lagi?

Gambar throwback ketika berada di Torres del Paine National Park, Patagonia Chile

More pictures on my instagram: @ayuhasman