6 Tips Wajib Anda Tahu Sebelum Berkunjung Ke Baa Baa Sheep Sanctuary, Cameron!
Kalau di Kundasang Sabah terkenal dengan percutian sejuk ala-ala di New Zealand dan lembunya juga dari sana, tetapi jika anda bercuti ke Cameron Highlands juga tidak kurang hebatnya kerana di sana terdapat kambing biri-biri yang diimport khas dari Australia.
Lokasi yang perlu anda tuju untuk merasai pengalaman mengusap bulu kambing biri-biri yang gebu itu adalah dengan berkunjung ke Baa Baa Sheep Sanctuary.
Di sini terdapat 20 ekor kambing biri-biri jinak yang boleh anda dekati, beri makan dan kalau geram sangat boleh peluk lembut sambil bergambar.
Namun, disebabkan tempat ini telah menjadi satu tarikan pelancongan baharu di Cameron Highlands maka ramai yang berpusu-pusu untuk mengunjungi lokasi berkenaan.
Tetapi anda tak perlu risau kerana jika anda ikut tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Hanis Saiful ini, mungkin anda berpeluang beramah mesra dengan kambing biri-biri di sana dengan keadaan selesa dan lebih lama.
Jom tengok tips yang dikongsikan ini sebelum anda berkunjung ke Baa Baa Sheep Sanctuary :-
1) DATANG AWAL
Pergi awal, biar jdi orang pertama, nanti sheep sheep tu yang akan panjat tangga mai berduyun-duyun ke kita sebab dah tahu, kita bawa kotak makanan. Time ni cepat² standby camera snap snap gambar !
2) TERANGKAN DAHULU KEPADA ANAK-ANAK SIFAT KAMBING BIRI-BIRI YANG JINAK
Explain ke anak² kecil utk enjoy the moment. Sebelum anak jumpa sheep, dedahkan dulu pada mereka yang sheep ni semuanya baik, jinak, won't bite, it's a play time ! Saya perasan ada budak² menangis, lari, takut sampai ke sudah. Alaaa sayangnya tiket...mungkin mereka terkejut sebab memang sheep sheep akan serbu tourist yg bawa kotak makanan.
3) WAJIB CUBA AISKRIM DI SITU
Ada jual ice-cream. Sy beli perisa strawberry yogurt, RM5, suit the price la, sedap, a must try , recommended ! Encik suami sampai tanya cair tak kalau beli banyak bawa balik rumah. Next time ada rezeki lagi sampai CH, nak try semua flavour.
4) CUCI TANGAN SEBELUM DAN SELEPAS SENTUH KAMBING BIRI-BIRI
Ada sinki siap sabun disediakan. Jangan lupa cuci kedua-kedua tangan lepas beri makan & sentuh bulu-bulu sheep tu. Hygiene matter, bersihkan sedikit sisa-sisa liur sheep makan dedak atas tangan kita tadi.
5) BELI BARANGAN YANG ADA DIJUAL DI SHEEP SANCTUARY TU DULU BARU BERGAMBAR
Dekat-dekat Sheep Sanctuary ni banyak jual-jual. Target mai sini dulu sebelum kita shopping sayur, pokok bunga, buah, barang2 lain sebab nanti orang dah sampai beramai² , kita pula yang terkejar-kejar kambing tu ajak bergambar , kambing tu cuma serbu orang yang bawa dia makanan.
6) TIPS MENARIK LAIN
Bawa atuk nenek tengok biri-biri ni sure mereka suka. Tak rugi sebab 1 Tiket percuma 1 small box makanan ! Ada tempat lain, kita masuk tengok haiwan, nak beri makan kena bayar asing kan? Sini tak. Tunjuk tiket kita, pekerja nya akan bagi 1 kotak makanan. Tempat yang menarik, cozy, cantik, breathtaking scenery depan belakang kiri kanan (jangan lupa sambil ralit tengok biri-biri, perhatikan juga kawasan sekeliling, akan nampak macam²)
Sumber & Kredit Gambar: Hanis Saiful