8 Tips Mudah Travel Ke Thailand Tanpa Sebarang Masalah Pasca Pandemik

May 12, 2022 - 12:04 PM


Baru mendarat di Bangkok, Thailand. Aku ringkaskan cara masuk ke Thailand tanpa sebarang masalah.

1. Beli insurance

2. Apply Thailand Pass

3. Fully Vaccinated supaya x payah kuarantin d sana. Print vaccine certificate

4. TIDAK PERLU BOOK HOTEL SHA Plus tu. Cari Hotel ikut budget.

Pre Departure

- Check In siap2, nnt sampai Airport tgl print tag luggage & boarding pass.

- Pastu drop luggage

Immigration Malaysia

- Proses seperti biasa. Scan sana sini.

Arrival

- Sediakan semua dokumen ini.

1. Thailand Pass

2. Insurance

3. Vaccine Certificate

4. Form (Yg kena bagi masa dlm flight)

- Diaorg akan check, pastu scan finger, ambil gambar then passport kena cop. Itu je. X cerewat sgt pun

Pastu Sawadikap Thailand!

Perkongsian dari Ken Vun

Rakyat Malaysia mesti patuhi SOP Thailand

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid menyarankan rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke Thailand melalui pintu sempadan darat Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis), agar mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan dan pejabat konsulat.

"Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand harus betul-betul memahami SOP yang ditetapkan, bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini ketika mereka berada di sini.

"Sekiranya berlaku sesuatu, mereka harus menghubungi terus pihak kedutaan atau pejabat konsul jeneral," katanya di sini, hari ini.

Bermula 1 April 2022, dua pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam dan Wang Prachan-Wang Kelian akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID-19.

Semua pelancong yang masuk melalui pintu sempadan darat di bawah program 'Test & Go' perlu memohon - 'Pas Thailand' secara dalam talian sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

Di bawah program 'Test & Go' juga pengembara perlu membuat tempahan awal di hotel yang ditetapkan serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian antigen kendiri pada hari kelima.

Selain itu, mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum US$20,000, katanya.

Sementara itu, pengusaha pelancongan di Songkhla di sempadan Thailand-Malaysia membuat persiapan rapi untuk menyambut ketibaan pelancong khususnya dari Malaysia melalui sempadan darat, bermula esok.

Pembukaan sempadan darat Thailand-Malaysia selepas dua tahun ditutup, bagi mengekang penularan COVID-19 dilihat bakal menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk.

Rata-rata pengusaha pelancongan yang ditemui berkongsi kegembiraan untuk menyambut kedatangan pelancong yang ingin melawat ahli keluarga atau menjalankan perniagaan.

Pengusaha hotel, Sitthipong Sitthiprapha, berkata pembukaan sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam bermula esok merupakan titik permulaan yang penting untuk menghidupkan semula industri pelancongan di selatan Thailand.

"Walaupun ketibaan jumlah pelancong dijangka tidak seramai sebelum COVID-19 pada 2019 tetapi pembukaan semula sempadan darat dijangka memberi kesan positif kepada industri pelancongan dan merancakkan kegiatan ekonomi tempatan," katanya.

Rakyat Malaysia menjadi kumpulan pelancong terbesar ke negara itu sebelum pandemik COVID-19. Pada 2019, Thailand mencatat hampir 40 juta pengunjung, termasuk 4.1 juta pelawat dari Malaysia. — BERNAMA

Destination: