9 Syarat-Syarat Terbaru Untuk Kemasukan Pelancong Asing Ke Indonesia

April 18, 2022 - 12:52 PM


Kerajaan Indonesia telah memaklumkan pembukaan semula FREE VISA khas bagi warga ASEAN je. Korang boleh terus gerak gi Indonesia mcm sblm pandemik, senang kan?

Selain itu, kerajaan juga telah menambah fasiliti Visa on Arrival (VoA) dari 23 negara menjadi 43 negara non ASEAN.

VoA dan free visa ini boleh didapat dari mana-mana lapangan terbang antarabangsa yang telah dibuka utk international flights, so x mesti masuk via Bali. Korg boleh je masuk via Jakarta atau Surabaya jugak. Dalam masa dekat, kerajaan mencadangkan pembukaan semula airport Kuala Namu (Medan), Yogyakarta dan beberapa bandar lain utk international flights, kena sabar sikit lagi je.

So, apa yg korg perlu siapkan kalau nak melancong ke Indonesia? Harini saya nak bagitau SOP kemasukan pelancong asing per 8 April 2022

Sebelum berlepas korg kena buat/beli:

1. Flight ticket

2. Hotel booking - sila pastikan korg tempah hotel dgn CHSE Certificate; ia nya adalah certificate kebersihan dan pematuhan SOP Covid dari Kementerian Pelancongan Indonesia.

3. Insurance - covering Covid dgn minimum coverage USD 25,000

4. Certificate of vaccination - fully vaccinated (2 dos) minimal 14 hari sebelum hari perlepasan

5. RT-PCR test - ambik sample max 2 x 24 jam sebelum schedule flight berlepas

Semasa ketibaan di Indonesia:

1. Download app PeduliLindungi (Indonesia punya MySejahtera)

2. Check korg punya PCR result dan Covid insurance

3. Thermal check. Kalau suhu badan > 37,5 C atau ada simptom, staff airport mungkin minta korg buat PCR test. Kalau everything normal, boleh teruskan proses imigrasi & baggage claim.

4. Voila! Boleh terus gerak ke hotel dan mulakan percutian di Indonesia

SOP DOMESTIC FLIGHT INDONESIA

Kalau nak travel ke bandar/pulau lain macamana pulak? Kena buat test antigen atau PCR lagi?

Setakat harini (8 April 2022), kerajaan mansuh kewajiban ujian saringan Covid bagi sesiapa yg dah ambik vaksin 3 dos. So, korg x diwajibkan buat apa-apa saringan.

Buat yg x ambik booster mcm mana? Boleh je terbang domestik kt Indonesia, tapi kena buat ujian RTK max 24 jam sblm jadual berlepas. Banyak klinik dkt Bali ataupun bandar lain yg buat RTK & PCR test.

Kalau korg ada sebarang soalan, feel free to comment. Nikmatilah percutian korg semua di Indonesia!

Destination: