Air Asia Tawar Tiket Penerbangan Ke Singapura Serendah RM 85!
Air Asia memberi sokongan penuh terhadap pengumuman kerajaan tentang laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang bermula pada 29 November secara tidak langsung merancakkan semula sektor penerbangan negara.
Sebagai permulaan sempena pembukaan laluan VTL, AirAsia akan menawarkan 7 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Singapura. Selepas permintaan meningkat, mungkin perjalaan dari negeri lain di Malaysia akan ditambah dan juga frekuensi penerbangan seiiring dengan pembukkan lebih banyak lagi destinasi perlancongan yang dipersetujui oleh kerajaan Malaysia.
Berikut adalah jadual penerbangan VTL AirAsia:
Anda boleh menempah tiket penerbangan ke Singapura bermula dari RM 85 sehala dan melancong antara 29 November dan 26 Mac 2022 melalui ikon 'Flights' di aplikasi AirAsia Super. Pelbagai tawaran menarik menanti anda seperti penerbangan+hotel melalui ikon 'SNAP' di aplikasi tersebut dan anda mampu mendapat penjimatan sehingga 30%. Anda yang lebih gemar untuk memilih hotel secara berasingan anda boleh klik pada ikon 'Hotel' di aplikasi tersebut dan mendapat potongan ekstra sebanyak 10% dengan menggunakan kod promo AAHOTEL10. Selain dari itu, anda juga boleh book kenderaan untuk ke lapangan terbang melalui aplikasi tersebut bermula dari RM 55 dengan menggunakan AirAsia Ride, dengan menekan ikon 'Ride'.
Anda yang telah lengkap vaksinasi yang ingin melancong ke Singapura perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan kerajaan Singapura sebelum menempah tiket penerbangan dan juga semasa ketibaan.