Beli Tiket Tempat-Tempat Menarik Di Penang Secara Online Lebih Murah
Tahukah korang di Penang terdapat banyak tempat menarik yang korang boleh pergi, jangan korang ingat di Penang ada nasi kandar dan Bukit Bendera je. Boleh dikatakan banyak tempat menarik di Penang sehingga beberapa hari tentu tidak cukup untuk melawat kesemuanya.
Bagi yang sedang mencari tempat-tempat menarik tersebut, kami akan listkan kepada korang jadi korang boleh plan terlebih dahulu untuk ke tempat yang korang nak pergi. Cerita tentang harga, kami akan sertakan link untuk korang membeli tiket dan juga melihat harga bagi mengira bajet terlebih dahulu.
Kenapa mesti beli tiket online di Shopee? Kalau beli di shopee, ianya lebih jimat kerana harganya lebih mahal jika beli secara walk in. Selain itu, korang dapat jimat masa tanpa perlu ke kaunter untuk beratur panjang sebaliknya terus hanya terus masuk sahaja.
Tempat-Tempat Menarik Di Penang
Magic World (Phantamania)
Di sini terdapat banyak ilusi menarik yang sangat sesuai bagi pasangan bercinta dan anak-anak kecil. Tempat ini juga sangat lawa untuk bergambar sebagai kenang-kenangan malah korang mesti mencuba segala aktiviti menarik seperi jalan kaca dan banyak lagi yang tentu tidak kering gusi.
Masa : Setiap Hari : 10pg – 7mlm
3D Trick Art Museum
Lukisan-lukisan di sini seakan-akan bukanlah sebuah lukisan kerana efek 3Dnya cukup real dan terdapat banyak pilihan lukisan yang membolehkan korang bergambar sampai puas. Korang nak rasa menjadi seorang skydiver atau ingin melihat lukisan haiwan gergasi inilah tempatnya. Tentu tidak kering gusi bergambar bersama orang tersayang di sini.
Wonderfood Museum
Pernah tak terpikir macam mana rupanya makanan kalau ianya bebentuk gergasi ? Di sini terdapat banyak makanan bersaiz gergasi yang pasti menghiburkan korang dan ianya juga antara tempat tarikan untuk bergambar. Bayangkan berada di sini dan berasa kecilnya diri berdiri di sebelah makanan kegemaran korang.
Masa: 09:00 – 18:00
Lokasi: 49, Lebuh Pantai, Georgetown, Penang
Cool Ghost Museum
Bagi yang suka pergi ke rumah hantu, korang wajib datang ke sini kerana suasananya cukup seram ditambah dengan beberapa jenis hantu yang terdapat di sini seperti pontianak, pocong, toyol, orang minyak dan banyak lagi. Inilah masanya untuk menguji mental anda sama ada korang seorang yang berani atau tidak.
Lokasi : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Masa : 10:00 am – 7:00 pm | Dibuka setiap hari termasuk cuti publik
The Top Komtar
Menarik tentang tempat ini, korang boleh melihat seluruh bandar Georgetown yang cukup indah lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lampu-lampu seperti di dalam gambar menambah lagi kecantikan tempat ini dan sesuai bagi yang suka bergambar.
Lokasi : The Top Penang, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang
Masa : 11:00 am – 11:00 pm | Daily
ESCAPE Adventureplay
Antara tempat terbaik di Malaysia bagi peminat-peminat aktiviti extreme. Banyak aktivit yang korang wajib cuba di sini dan sudah tentu ianya pasti mencabar mental dan fizikal korang. Antara aktivit best di sini adalah seperti Atan's Leap di mana korang boleh terjun dari ketinggian 20 meter menggunakan tali keselamatan. Jom ke Escape Adventure Play sekarang.
:Masa: 09:00 – 18:00 Tuesday – Sunday
:Lokasi 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang
Entopia Butterfly Farm
Merupakan Farm rama-rama terbesar di Malaysia !! Di sini terdapat pelbagai jenis rama-rama dan serangga yang bebas berkeliaran. Tempat ini mempunyai 15,000 rama-rama dan 200 jenis tumbuhan yang berbeza, Menarik bukan ? Persekitarannya yang cukup cantik dikelilingi air terjun, kolam ikan dan banyak lagi tentu akan membuatkan diri korang berasa dekat dengan alam semula jadi.
The Habitat Penang Hill
Ingin melihat pemandangan pulau pinang dari puncak yang tinggi secara 360 darjah ? Ini lah tempatnya. Bentuknya yang seperti bulat jika dilihat dari view atas dan dikelilingi pokok-pokok pasti mendamaikan. Di sini juga terletaknya jambatan kereta api tercuram di dunia dan terpanjang di Asia.
Lokasi: Jalan Bukit Bendera, 11300 Penang Island, Penang
TeddyVille Museum
Datang ke sini dan bergambar bersama patung-patung yang bersaiz besar dan unik. Tempat ini adalah seumpama kawasan patung-patung yang sedang menjalankan hidup seharian seperti manusia. Bawak kanak-kanak atau pasangan korang yang penggemar patung comel ke sini melihat sendiri suasana syok berada di kehidupan mereka.
Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum
Ianya merupakan yang pertama dan satu-satunya museum 3D glow di Malaysia. Tempat ini cukup menarik dan terkenal sehingga korang disarankan datang pada awal waktu bagi mengelak beratur panjang. Di sini terdapat pelbagai lukisan 2D dan 3D yang menarik dan sangat cantik untuk bergambar. Staf-staf disini juga cukup peramah dan rata-rata yang pernah ke sini ingin datang kembali.
Lexis Penang
Ingin menginap di hotel mewah di Penang ? Antara hotel terbaik di sini adalah di Lexus Penang yang cukup selesa dan berbaloi untuk menginap. Ianya bertaraf 5 bintang dan perkhidmatan mereka sangat memuaskan. Pastikan korang menempah lebih awal bagi mengelak bilik penuh lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.