Bercamping Di Tepi Laut Mersing Yang Sangat Cantik
Bercamping merupakan satu aktiviti yang sangat menarik dan mendekatkan diri kita dengan alam semula jadi. Tidak semestinya kita boleh bercamping di hutan, malah di mana-mana sahaja tempat yang sesuai untuk memacak khemah asalkan tidak menganggu mana-mana pihak. Namun, tidak semestinya tempat itu tidak menganggu orang lain, korang boleh pacak di mana-mana je. Tak pasal nanti viral seperti kes di Genting Highland.
Terdapat satu tempat bercamping yang sangat menarik terletak di negeri Johor. Bagi yang kaki camping, korang boleh try datang ke Mentigi Bay Glamping kerana di sini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan. Menarik tentang tempat ini adalah korang boleh merasai pengalaman bercamping di tepi pantai. Mari kami tunjukkan gambar-gambar sekitar tempat tersebut.
Di sini juga terdapat bilik yang mempunyai aircond bagi korang yang tidak sukakan cuaca panas atau membawa kanak-kanak. Ianya dipanggiL chalet dan ini yang membezakan dua pakej yang ditawarkan di tempat ini. Bagi yang ingin menginap di Chalet dan Rumah di pantai, korang boleh book Mentigi Bay Chalet Mersing manakala bagi yang inginkan adventure dan suasana camping di tepi pantai korang boleh book Mentigi Bay Glamping.
Pakej tambahan menarik yang turut ditawarkan di sini adalah penginapan dan ronda kawasan pulau. Selain itu snorkling juga antara aktiviti favourite orang yang datang ke tempat tersebut. Jika korang berminat untuk datang ke sini bagi merasai pengalaman best sebegini boleh hubungi contact di bawah.