Bercuti Singapura, Tak Nak Rempuh Jammed Tambak Johor? Naik Shuttle Tren Je!

June 20, 2022 - 03:32 PM


Jika anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke negara jiran, Singapura tanpa perlu merempuh kesesakan trafik yang teruk di Tambak Johor -- anda kini boleh menggunakan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura.

Perkhidmatan tersebut yang mula beroperasi pada Ahad (19 Jun) -- menawarkan 31 trip sehari, dengan 13 perjalanan dari Malaysia-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Malaysia.

Tren Shuttle Tebrau tersebut mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang setiap trip atau perjalanan dan dijangkakan seramai 7,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan ini,

Tambang bagi perkhidmatan ini pula adalah RM5 sehala untuk perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Sebelum ini, perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau digantung sementara pada 24 Mac 2020, berikutan penutupan sempadan negara akibat pandemik Covid-19.

Kini pihak KTMB yang telah memadankan perkhidmatan antara aplikasi MySejahtera dan MyICA.

Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan antaranya seperti mewajibkan penumpang menggunakan pasport mereka sebagai tiket dan mengehadkan setiap penumpang kepada maksimum 4 tiket.

Salah satu isu yang dihadapi KTMB sebelum ini ialah jualan tiket, di mana mereka akan membeli tiket secara pukal dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi.

Penyambungan semula perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau itu memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja ke republik itu.

Untuk rekod, bagi bulan pertama lebih 70,000 tiket telah dijual dan ini jelas menunjukkan orang ramai sangat berharap untuk menggunakan semula perkhidmatan ini.

Sumber: The Star

Destination: