Berhati-Hati di KLIA Dan KLIA2 Atau Mana-Mana Airport Untuk Elakkan Tragedi Hitam Ini Berulang

October 14, 2019 - 12:01 PM


Rakyat Malaysia memang dikenali dengan seorang yang peramah dan suka menolong walaupun dengan orang yang tidak dikenali atau strangers. Baru-baru ini, telah berlaku satu kejadian yang agak mengerikan bagi pasangan anak beranak dari Malaysia kerana terlalu baik. Kejadian ini berlaku di Airport Malaysia dan selepas tularnya kejadian ini, rata-rata netizen mengambil langkah berjaga-jaga terutama semasa di lapangan terbang. 

Melalui posting yang kini tular di twitter kini, apa yang boleh kita lakukan adalah mengambil ikhtibar agar kejadian ini tidak berlaku kepada diri sendiri dan orang yang terdekat.

Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2 ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar-legar sementara masuk ke balai pelepasan.

Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa.

Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya.

Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana. Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.

Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain. Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!

Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.

Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama-sama nak naik flight di KLIA.

Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen....igauan ngeri pun berlaku. Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggung jawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau di tahan, di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam-macam. Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu.

Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak, kalau tak tali gantung lah jawabnya.

Berhati-hati, jgn jadi seperti pelanduk yg sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena, Allah saja yg tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya krn sikap cuai! Jgn sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!

Ingat, jangan memandai-mandai tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu, ia kadang2 perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!

Sumber: Most Malaysia Viral