Berita Baik Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Ke Singapura
Pada 23 Oktober 2021 lepas, kerajaan Singapura mengumumkan akan membuka sempadannya kepada lebih banyak negara. Ianya akan bermula pada 11.59 malam pada 26 Oktober di mana semua pengembara dari dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Mesir, Mongolia, Hungary, Qatar, Rwanda, Samoa, Afrika Selatan, UAE dan Vietnam dibawah Category III mestilah melalui kuarintin selama 10 hari.
Lokasi kuarantin hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan adalah terpulang kepada pengembara untuk memilih dimana-mana lokasi di Singapura. Kelonggaran ini juga terpakai untuk semua pengembara dari Malaysia tanpa mengira status vaksinasi dan sejarah perjalanan mereka sebelum ke Singapura.
Ujian PCR Covid-19 tidak perlu dilakukan oleh pengembara dari Malaysia sebaik tiba di negara tersebut. Mereka hanya perlu menjalani ujian PCR selepas selesai tempoh kuarantin 10 hari di lokasi masing-masing. Pengembara dari Malaysia juga tidak perlu menjalani ujian Antigen Rapid Test (RT-PCR) pada hari ke-3 dan ke-7 selepas ketibaan dan ketika sedang menjalani kuarantin.