Bosan Tak Tahu Gi Mana? Jom Kita Buat "Day Trip" Ke Pulau Ketam Selangor

March 21, 2022 - 04:44 PM


Pulau ni mungkin ada yg tau dan ada yg tak tau. Pulau ni terletak di Pelabuhan Klang. Cara nak pergi ke sana dengan pengangkutan awam (KTM Komuter) aku ada share dalam video kat bawah. Cuma perjalanan tu agak lama sebab Pelabuhan Klang (stesen yg korang perlu turun) ialah stesen paling akhir untuk laluan tu. Jadi, korang persiapkanlah apa2 untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan. Hehe.

Untuk naik feri tu, ada beberapa pengusaha feri/bot yg sediakan servis pergi ke pulau ketam ni dan harga pun berbeza bergantung pada jenis bot yg korang pilih. Aku pilih Ali Baba Cruise sebab harga dia lebih murah untuk return trip dan saiz feri yg lebih besar, saja nak feeling2 rasa naik cruise ship. Feri ni ada seat luar dan dalam (ada air-cond). Jadi korang bebas nak duduk seat yg mana satu. Harga RM 18 (return trip).

Antara aktiviti yg korang boleh buat bila dah sampai ialah pusing2 kampung ni dengan skuter/motor eletrik. Tiada kereta dalam kampung sebab jalan pun hanya sesuai untuk motor/basikal atau jalan kaki sahaja. Antara yg menarik perhatian aku ialah rumah2 kat sini cantik2 dan berwarna warni. Cuma satu saja yg menggangu pandangan korang mungkin iaitu sampah sarap yg sgt banyak yg ada kat bawah kawasan perumahan dekat sini.

Untuk penggemar makanan seafood boleh buat seafood hunting dekat sini tapi di sini cuma ada banyak restoran cina sahaja. Kebanyakan yg tinggal kat sini pun ialah kaum cina. Lain2 korang boleh nikmati suasana aktiviti nelayan, memancing, tengok ketam dan cari souvenir berasaskan laut. Kalau ada yg nak menginap kat sini ada juga hotel2 bajet.

Keseluruhan, pulau ketam ni sesuai dan salah satu lokasi pulau paling dekat bagi yg tinggal di KL yg nak lari sedikit dari kesibukan bandar dan pergi ke laut untuk cari ketenangan.

Let's Travel!!

Track: Ikson - Paradise [Official]

Music provided by Ikson®

Listen: https://youtu.be/TiQ7aug-GwI

Perkongsiaan dari Zaidi Jedai