Korang Nak Dapatkan Deko Bilik Hotel Untuk Hari Istimewa? Ini Cara Dia

March 05, 2021 - 06:01 PM


Korang mesti selalu nampak kalau orang pergi bercuti untuk honeymoon, check in untuk anniversary, ataupun untuk sambut birthday, mesti dorang akan post deko bilik hotel yang cantik-cantik. Aku rasa yang paling kita kerap nampak adalah deko bilik dengan towel yang dilipat jadi bentuk angsa berbentuk love

Jadi sebenarnya, korang tahu tak macam mana kita nak dapatkan hotel untuk hias bilik yang kita book itu dengan deko-deko macam ini? Meh aku nak ajar. 

Untuk korang yang buat booking online sama ada direct hotel ataupun melalui website seperti Agoda dan Booking.com, sebenarnya korang boleh letak remarks untuk minta dorang hias bilik yang korang book itu dengan deko mengikut apa yang korang nak raikan. 

Mudah kan? Tapi aku sendiri adalah sejenis yang insecure dan kalau hotel itu tak hubungi aku balik, aku tak yakin sangat yang dorang baca atau tidak remarks yang aku tinggalkan. Jadi, ada cara lain untuk korang buat yang lebih meyakinkan.

Ikut langkah-langkah ini: 

1. Book bilik hotel, buat bayaran penuh, dan dapatkan Booking ID. 

2. Hubungi hotel untuk confirm-kan booking. 

3. Cerita pada hotel tujuan korang check in.

Hotel kan memang menyediakan hospitality jadi sebenarnya diorang sangat seronok bila korang memilih dorang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan hari istimewa. 

4. Tanya kalau dorang boleh sediakan deko atau tidak. 

Aku ada baca langkah nombor 4 ini kalau korang pandai sembang, boleh dapat deko-deko tersebut dengan percuma, ataupun sebab korang menyambut hari istimewa, dorang akan bagi free upgrade daripada bilik yang korang dah book, hehe. Skill bersembang itu penting tau!

5. Confirm-kan permintaan korang dan minta pihak hotel untuk hantar e-mel pengesahan untuk korang gunakan pada masa akan datang. 

Tapi macam mana pulak kalau hotel tidak menyediakan servis untuk deko-deko hari istimewa? Haa, mudah sahaja, korang boleh cari bisnes-bisnes yang menyediakan servis deko macam ini dan dorang akan deko bilik hotel yang korang book itu. Tapi yang ini memang sah-sah lah bukan percume. Hehe