Elak Letak Bagasi Di Belakang Kedudukan Anda Dalam Pesawat! Ini Sebabnya…

January 03, 2020 - 02:31 PM


Travel menggunakal pesawat atau kapal terbang melibatkan banyak perkara. Masa, pengangkutan dari rumah ke lapangan terbang, beratur di imigresen, proses check-in bagasi, pemeriksaan keselamatan dan macam – macam lagi.

Kebiasaannya, salah satu perkara yang agak mengganggu adalah sikap sesetengah penumpang yang pentingkan diri sendiri. Lagi-lagi waktu nak masuk dan turun kapal terbang dan lepas itu kita akan berdepan dengan satu lagi masalah, penumpang yang bawak beg besar bagak, tak reti nak susun elok elok beg. Maka, ruang yang dah sememangnya terhad, akan jadi tak cukup.

Biasanya apa yang terjadi, krew penerbangan akan tunjukkan mana – mana ruang yang masih kosong dan ada kalanya ia terletak di belakang , di depan dan ini biasanya jauh dari tempat duduk kita.

Ini akan jadi masalah bila kita terpaksa bergerak kearah bertentangan dari beg kita untuk turun.

Punca utama masalah ini adalah kurangnya ruang di bahagian atas tempat letak bagasi di dalam pesawat. Ini terjadi bila syarikat penerbangan (terutamanya tambang murah) menambah bilangan kerusi dan mula kenakan bayaran untuk bagasi dan kesannya, penumpang bertambah, bagasi ‘carry-on’ bertambah, ruang simpanan kabin tak mencukupi.

Walaupun kita sebagai pengguna tak boleh nak ubah atau kawal ruang penyimpanan tersebut, ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan iaitu :

#1. Bayar Untuk Keutamaan Boarding

Priority boarding biasanya boleh ‘dibeli’ dan ia kadangkala ditawarkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang tawarkan melalui kad keahlian, kelebihan pengguna kad kredit dan macam – macam lagi. Sebagai contoh, AirAsia, priority boarding akan diberikan kepada penumpang ‘hot-seat’ yang biasanya harga akan lebih mahal berbanding seat biasa.

 

#2. Cari Bagasi Yang Muat Dibawah Kerusi

Sebelum ini, kami ada kongsikan panduan atau tips mencari backpack yang sesuai untuk travel dan salah satu daripada ciri – ciri penting adalah saiz. Jadi, selain perlu mencari beg yang sesuai dengan saiz ‘carry-on’, boleh juga cari beg yang bersaiz kecil dan boleh diletakkan di ruangan kaki dibawah seat kapal terbang.

Jika diperhatikan, ruangan tempat letak beg dibawah seat ini sangat jarang digunakan oleh penumpang. Jadi, kalau kita sahaja yang pakai, ini agak memudahkan urusan kita keluar dan masuk pesawat nanti.

 

#3. Letakkan Beg Berdekatan Dengan Pintu Hadapan

Sekiranya anda terlewat dan kesemua ruangan atas sudah penuh, cuba tanyakan pada staff untuk dapatkan ruang berdekatan dengan pintu keluar pesawat. Secara tak langsung, urusan untuk mengambil beg sebelum turun pesawat akan jadi lebih mudah daripada terpaksa tunggu semua penumpang turun kemudian baru anda boleh mengambil bagasi anda yang diletakkan jauh dibelakang tempat duduk anda.