Hanoi Tersenarai Sebagai Bandar Termurah Di Asia Untuk Backpacker

January 13, 2020 - 01:41 PM


Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh firma insurans berpangkalan di UK, Alpha Travel, Hanoi di Vietnam dan Vientienne di Laos merupakan bandar paling murah untuk backpacker di Asia pada tahun 2020 manakala Bangkok, Thailand menawarkan makanan yang paling murah.

Dalam senarai 31 buah bandar murah yang dikeluarkan; 3 destinasi teratas didahului oleh bandar di Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan Hoi An, diikuti dengan Vientiane (Laos) dan Yangon (Myammar) melengkapkan senarai 5 teratas.

'Jalan Belakang' Bangunan di Yangon.

Menurut laporan bertajuk “Backpacker Index – the Cheapest Cities to Visit in Asia”, destinasi popular backpacker ini disenaraikan menurut kaji selidik yang dijalankan dan antara perkara yang diambil kira adalah; kos untuk dua hari penginapan di hotel / hostel, dua kali pengangkutan, 3 makanan bajet, minuman dan lawatan ke sebuah tarikan di bandar tersebut.

Berdasarkan kaji selidak berkenaan, kos sehari di Hanoi adalah RM76, RM79 di Vientiane, RM81 di Ho Chi Minh. Didapati juga, setiap backpacker akan berbelanja sekitar RM84 sehari secara purata.

Jom kami senaraikan 10 negara termurah untuk backpackers dan kos sehari :

  1. Hanoi, Vietnam (RM 80)
  2. Ho Chi Minh City, Vietnam (RM 83.40)
  3. Hoi An, Vietnam (RM 87.20)
  4. Vientiane, Laos (RM 88.30)
  5. Yangon, Burma (Myanmar) (RM 89.50)
  6. Manila, Filipina (RM 89.50)
  7. Pokhara, Nepal (RM 90.40)
  8. Phnom Penh, Cambodia (RM 93.70)
  9. Chiang Mai, Thailand (RM 95)
  10. Jakarta, Indonesia (RM 97)

Nota Editor : Kaji selidik dilakukan firma UK, dan kalau nak ikutkan banyak lagi perkara yang boleh dijimatkan, sebagai contoh; ambil bandar KL. Tangga ke-24. Perbelanjaan diorang agak ‘keras’. Lagi – lagi tang makanan dan hiburan serta tarikan. Nanti kami cuba buat versi Rileklah pula.

p/s : KL berada di tangga ke 24 ye dengan kos yang diperlukan untuk backpacking di Kuala Lumpur adalah RM152. Hostel RM25, Pengangkutan RM4, Makanan RM43, Hiburan RM45, Tarikan RM40.