Homestay Terbaik Di Bangi Yang Sangat Cantik

December 07, 2021 - 09:57 PM


Bagi yang tercari-cari homestay terbaik sekitar Bangi, Sharaleil Pool Homestay ini merupakan antara tempat penginapan yang terbaik. Vila banglo di sini dilengkapi dengan 7 bilik tidur yang mempunyai penghawa dingin dan bilik mandi en suite yang menghadap ke kolam renang peribadi. Kapasiti untuk vila satu ialah seramai 20 orang dan kapasiti untuk vila dua ialah hanya seramai 6 orang sahaja.

Homestay ini terletak di bandar baru bangi jadi korang yang datang dari jauh tidak perlu risau kerana ianya dekat dengan kedai-kedai atau kemudahan lain yang terdapat di bandar tersebut. Menarik lagi tentang tempat ini adalah korang boleh menyewa dewan kecil yang memuatkan 50 sehingga 70 orang untuk mengadakan sebarang majlis. Villa yang mempunyai reka bentuk moden dan mewah ini sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai tempat penginapan anda sekeluarga. Walaupun villa ini kelihatan elegent dan mewah tetapi harga yang ditawarkan bagi sebuah villa ini adalah sangat berpatutan.

Cantikkan homestay ni, kalau korang berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang tempat ini berikut merupakan detailnya. 

Harga: Villa 1 + Villa 2 RM1300 weekdays, RM1500 Weekend
Villa 1 RM1100 weekdays, RM1300 Weekend
Villa 2 RM400weekdays

Alamat: 2483, Jalan Surada 8/24, Seksyen 8, 43000 Kajang, Selangor
Contact:  wasap.my/601123201344

Destination: