Hotel Di Terengganu Hampir Penuh Menjelang Cuti Deepavali

November 03, 2021 - 05:32 PM


Tempahan hotel di negeri ini melonjak hampir 80 peratus sejak rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri, bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH)  negeri, Suaibah Harun berkata, perkembangan positif itu didorong kepulangan anak perantau ke kampung halaman selain kemasukan pelancong. 

Malah, katanya, penginapan di kebanyakan hotel di pusat bandar penuh pada minggu ini susulan cuti sempena sambutan Hari Deepavali. 

“Pada hari biasa, penginapan di kebanyakan hotel mencecah 50 peratus manakala pada hujung minggu pula meningkat kepada 80 peratus. 

“Kita optimis kemasukan pelancong memulihkan semula industri perhotelan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Stesen Pengecasan EV di Hotel Primula, di sini hari ini.

Suaibah berkata, penggiat perhotelan terutama 36 hotel di bawahnya  sentiasa  memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diberi keutamaan sekali gus berharap pengunjung dapat memberi kerjasama baik dalam soal itu. 

Sumber: Utusan

Destination: