Hotel Terbaik Di Tengah Bandar Kota Bharu Yang Mempunyai Kolam Renang Tertinggi Di Kelantan

December 14, 2021 - 12:16 PM


Korang kalau travel susah tak cari hotel ? Maklumlah kalau nak memilih tu mesti sentiasa yang terbaik dan berpatutan dengan harga. Bagi korang yang nak ke Kota Bahru, kami nak recommend kepada korang satu hotel yang paling berbaloi di sana. 

Hotel yang tersebut merupakan hotel antarabangsa yang baru dibuka disini dengan vibe yang segar dan harga yang memang mesra poket tetapi fasiliti & servis bertaraf bintang penuh. Korang tak perlu risau lagi dengan servis di hotel ini kerana semestinya mereka akan melakukan yang terbaik bagi keselesaan tetamu.

Bagi yang tertanya berapa harga untuk menginap di tempat ini, harganya bermula dari RM140 untuk satu malam. Menarik lagi tentang kolam ini adalah ianya terletak di tepi sungai dan bagi yang ingin bermandi-manda, terdapat sebuah kolam di tingkat 20.

Kolam renang tersebut merupakan kolam paling tinggi di Kelantan. Lokasi tempat ini juga agak statik di mana ianya terletak di tengah bandar Kota Bharu, sesuai bagi korang yang pertama kali ke sini dan ingin mengexplore.

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang hotel tersebut :

Ibis Style, Kota Bharu
184 Lorong Minyak Gas, Jln Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Cara booking:

Contact: Tel: +6097408000
Website: all.accor.com/9928

Kalau nak cari hotel lain di Kelantan, klik je: https://shp.ee/ym7k65v

Destination: